Selasa, 5 Jun 2012

Keburukan Membeli Belah

Assalamualaikum dan Salam Pengguna Dedikasi :)


Pada era perindustrian kini, sikap membeli belah sudah menjadi suatu kewajiban bagi sebuah kehidupan. Malah, boleh dikatakan membeli adalah wajib bagi kita untuk meneruskan kehidupan dengan sempurna.

Tepat sekali sebenarnya, kita perlu membeli belah bagi menampung dan mengisi segala keperluan harian. Tetapi, kita harus meletakkan kuota, jangan sesekali membeli belah melebihi kemampuan. Kita tidak seharusnya membeli belah sepanjang masa, lakukanlah perkara lain seperti beriadah bersama-sama keluarga.

Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan umum khususnya pada para ibu bapa dan pengguna beberapa keburukan yang akan kita dapat. Pada entri-entri yang lepas, saya banyak membicarakan dan berkongsi tentang pembelian dan cara untuk menjadi pengguna yang dedikasi, tetapi pada kali ini kita akan masuk kepada tujuan utama blog ini dibina iaitu dengan slogan kata

"Berhenti Membeli Belah, Mulakan Kehidupan"

Keburukan-keburukannya adalah seperti berikut

  • Berlaku Pembaziran
Terdapat beberapa kategori pembaziran. Dari segi wang, masa dan lain-lain lagi. Di sini saya ingin sentuh dari segi wang dan masa. Membeli belah akan menjurus kepada sikap membeli perkara yang tidak berfaedah, di situ akan tercetusnya pembaziran yang agak banyak.

Selain itu, dari segi masa pula, membeli belah akan memakan masa yang agak lama. Saya tahu khalayak ramai menghabiskan sekurang-kurangnya 2 jam untuk membeli belah. Itu yang paling sedikit, jika paling banyak ? boleh mencecah separuh hari.
  • Kurang Masa Dengan Keluarga
Seperti di huraian isi pertama, berlakunya pembaziran masa, secara automatik kita akan kurang meluangkan masa bersama keluarga. Perkara ini akan menjurus kepada kekurangan hubangan kekeluargaan. Industri kekeluargaan yang ingin bahagia memerlukan masa untuk diluangkan bersama.
  • Over Budget
"Over Budget" pula atau dalam Bahasa Melayu bermakna terlebih bajet seringkali berlaku kepada para pengguna yang mengamalkan membeli belah berlebihan. Perkara ini sering berlaku awal bulan setelah baru sahaja mendapat gaji pada bulan yang sebelumnya, para pengguna senantiasa menghabiskan wang gaji dengan laju untuk membeli keperluan dan kehendak mereka.

Dengan ini berlakulah "over budget". Iaitu bajet duit kita untuk sebulan tidak mencukupi dan kita harus berhutang untuk menampung bajet yang sepatutnya.

Konklusinya, terdapat beberapa keburukan membeli belah yang dapat menjejaskan kehidupan seharian kita. Pengguna-pengguna harus mula berhenti membeli belah dan mulakan kehidupan !

0 Hujah Diterima !:

Catat Ulasan

[Close]