Sabtu, 26 Mei 2012

Cara-Cara Menyimpan Wang

Assalamualaikum dan Salam Pengguna Dedikasi :)

Manusia mempunyai akal dan bermakna kesemua manusia boleh berjaya, tetapi kenapa sesetengah dari mereka tidak. Malah ramai yang mempunyai masa depan yang cerah tetapi ada juga yang mempunyai masa depan yang tidak cerah. Salah satu sebabnya ialah dari segi kewangan. Kebanyakan penduduk kampung mengalami masalah kewangan dan tidak mampu untuk menanggung kos yuran sekolah atau membeli buku rujukan. Jadi, untuk sesetiap pelajar yang inginkan kejayaan mestilah mencari ikhtiarnya sendiri.

Pelajar hendaklah melakukan sesuatu yang dapat menjaminkan masa depan mereka. Di samping itu, mereka tidaklah membebankan ibu bapa mereka. Ada beberapa cara untuk menangani dan meringankan lagi masalah ini. Sila rujuk dibawah :

☺ Menabung

Menabung amat bagus untuk para pelajar. Amalkanlah sikap menabung sejak kecil lagi supaya anda boleh menggunakan duit itu jika diperlukan. Bagi yang bersekolah, ambillah 1/3 daripada duit saku anda untuk dimasukkan ke dalam tabung. Ada juga bank yang menyediakan tabung percuma bagi setiap pelanggannya. Tabung boleh dibuat sendiri dan boleh juga dibeli di kedai. "Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit".



☻ Membuat akaun bank

Bank ialah tempat yang paling selamat dan menguntungkan anda untuk menyimpan duit. Tetapi carilah bank yang dapat menjamin masa depan anda. Bagi kanak-kanak, duit raya bolehla dimasukkan ke dalam bank. Duit di dalam tabung boleh juga dimasukkan ke dalam bank jika sudah penuh.



☺ Menahan diri dari membeli benda tidak berfaedah

Ramai masyarakat zaman kini membeli benda yang tidak berfaedah terutamanya di kalangan kanak-kanak. Mereka menggunakan duit saku sekolah untuk membeli ais krim, satay, dan lain-lain lagi. Tidakkah ini suatu pembaziran ? Mereka patut menyimpan duit mereka di dalam tabung.



Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jika anda mengamalkan ketiga-tiga tips yang efektif di atas nescaya anda akan mempunyai masa depan yang cerah. Jadilah pengguna yang bijak !

1 ulasan:

[Close]