Memaparkan catatan dengan label kegunaan wang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kegunaan wang. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Jun 2012

Tips Untuk Berbelanja Dengan Betul

Assalamualaikum dan Salam Pengguna Dedikasi :)


Semua masyarakat "wajib" meluangkan masa untuk berbelanja setiap hari, contohnya membeli makanan dan lain-lain lagi. Dengan ini, kita hendaklah mengetahui tips atau cara-cara untuk berbelanja dengan betul supaya tidak membazirkan wang.

Di sini, saya akan terangkan beberapa tips-tips untuk berbelanja dengan betul supaya semua pengunjung yang datang bertandang di sini dapat menjadi pengguna yang bijak menguruskan wang. Saya akan beritahu tips-tips dan sedikit penerangan supaya anda dapat "melihatnya" dengan lebih jelas lagi.

Tips terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu tips bagi murid sekolah dan bagi yang sudah berkeluarga. Gaji pendapatan bulanan kadang-kadang tidak mencukupi untuk kita semua dan selalu mengalami "SESAK POKET" sebelum mendapat gaji pada bulan seterusnya

Membuat "Shopping List".

Definisi : Membuat dan membawa nota catatan atau senarai akan apa yang hendak dibeli. Contohnya anda hanya mencatat barangan yang hendak dibeli sahaja.

Mengetahui kehendak dan keperluan.

Definisi : Keperluan ialah suatu keperluan asas bagi manusia, contohnya baju, rumah dan makanan. Kehendak pula bermaksud sesuatu barangan yang diinginkan sesetiap individu bagi menyempurnakan lagi hidup mereka.

Membuat perancangan kewangan.

Definisi : Merancang sesuatu perkara sebelum melakukannya. Contohnya, kita merancang apa yang patut dan apa yang tidak patut dibeli. Ini amat bagus bagi mencegah pembaziran.

Tidak digalakkan mengguna Kad Kredit.

Definisi : Kad Kredit seperti "Visa" memang sekali tidak digalakkan. Banyak pembaziran yang tidak disedari boleh berlaku. Contohnya anda tidak sedar bahawa telah membelanjakan banyak wang untuk barangan yang tidak diperlukan.

Mencatat pembelanjaan harian.

Definisi : Mencatat apa jenis barangan yang telah dibelanjakan setiap hari, kalau boleh sertakan dengan tarikh dan harga barang. Dengan cara ini kita dapat mengira 'budget' yang diperlukan untuk berbelanja.

Lima tips di atas amat berguna bagi semua masyarakat yang ingin menjadi pengguna yang bijak berbelanja. Anda harus mengamalkan kelima-lima tips di atas bagi memastikan pembelanjaan harian anda terkawal dan anda tidak lagi akan mengalami masalah kewangan.

P/S : Kos yang lain :
Rumah
Kesihatan
Kosmetik
Petrol
Elektrik
Telefon
Kenderaan
Air
Bil astro, internet dan lain-lain lagi.


Selasa, 22 Mei 2012

Kepentingan Masyarakat "Celik Wang"

Assalamualaikum dan Salam Pengguna Dedikasi :)


Mungkin ramai di kalangan masyarakat sudah tahu kepentingan masyarakat "Celik Wang". Tetapi tidak kesemuanya tahu, jadi pada hari ini saya akan menerangkan kepentingan dan manfaatnya kepada negara, masyarakat mahupun diri sendiri.

Pada zaman modenisasi ini, pengguna memerlukan wang secukupnya untuk terus hidup dengan bahagia dan berjaya dalam perniagaan. Tidak lupa juga bahawa saingan merupakan faktor utama bagi peniaga-peniaga di Malaysia, Jadi kita haruslah mengetahui selok-belok perniagaan dan menjadi pengguna yang "Celik Wang" untuk menghadapi masalah tersebut.

Selepas itu, jika negara kita mempunyai ramai masyarakat yang celik wang, sudah tentu taraf ekonomi negara akan meningkat. Ini akan dapat menangani masalah mengemis dan lain-lain lagi jika ekonomi negara meningkat. Secara tidak langsung nilai wang juga akan meningkat. Ini dapat memudahkan penduduk tempatan jika melancong di negara yang mempunyai mata wang lebih rendah berbanding Malaysia.

Selain itu, pengguna yang "Celik Wang" akan selalu mendapati hidup mereka aman dan selesa. Kebanyakan masyarakat terpaksa berhutang kerana tidak mempunyai wang secukupnya untuk membiayai sesuatu perkara. Hidup yang aman akan melahirkan generasi yang bijak pandai.

Di samping itu, ini juga dapat memberi manfaat kepada jiran tetangga. Kita dapat membantu mereka menangani masalah berkaitan WANG. Sementara membantu mereka, hubungan silaturahim akan terjalin malah akan menjadi lebih erat lagi :] .

Akhir sekali, jelas sekali menunjukkan bahawa melahirkan masyarakat "Celik Wang" amat penting untuk semua generasi masyarakat.

P/S: Buatlah Pilihan Yang Terbaik ! Dan Jadilah Pengguna "CELIK WANG"

Khamis, 3 Mei 2012

Tentang "WANG"

Assalamualaikum dan Salam Pengguna Dedikasi :)

Wang ialah suatu benda yang kita gunakan untuk berjual beli. Wang menjadi salah satu aset terpenting bagi sesebuah kehidupan masyarakat. Tanpanya, banyak masalah yang kita semua akan hadapi. Contohnya pada zaman dahulu, manusia mengamalkan sistem barter kerana belum lagi mengenali nilai mata wang. Sistem barter ialah suatu sistem yang berlaku apabila dua pihak ingin menukarkan barangan mereka dengan persetujuan dua belah pihak. Contohnya Ali ingin menukarkan seekor itik dengan seekor ayam Pak Samad. Jika Pak Samad menyesetujui untuk menukarkannya, maka sistem barter akan berlaku.

Wang juga dapat membuatkan sesebuah negara membangun dengan pesat. Contohnya negara Malaysia membuat banyak tempat pelancongan yang menarik untuk menambahkan lagi pendapatan negara bagi menaikkan ekonomi negara. Wang amat penting bagi manusia, setiap manusia memerlukan wang untuk memenuhi kehendak dan keperluan.

Kehendak : Menginginkan sesuatu bagi menyempurnakan kehidupan seharian contohnya pendingin hawa.

Keperluan : Keperluan asas bagi manusia contohnya rumah, pakaian, makanan dan lain-lain lagi.

Walaubagaimanapun, manusia sentiasa tidak menyedari bahawa mereka telah banyak membazir wang dalam kegunaan seharian. Contohnya mereka membeli barangan yang sepatutnya tidak perlu dibeli. Dengan ini, kita perlu menyelami lagi cara-cara untuk membelanjakan wang dengan baik. Kebanyakan kanak-kanak di Malaysia mengamalkan sifat menabung sejak dari kecil. Menabung merupakan salah satu daripada cara-cara untuk seseorang itu mendapat masa depan yang cerah.

Akhir sekali, wang ialah benda yang amat penting bagi setiap individu. Pada pendapat saya, kebanyakan orang kaya banyak membazirkan wang mereka dari orang yang miskin. Mungkin sekali mereka tidak menghargai wang yang mereka ada, ini salah satu sikap yang tidak baik. Wang boleh pergi dengan senang sahaja, kita mesti bijak mengurusnya. Jadilah "MASYARAKAT CELIK WANG".

[Close]